Pengenalan
Pekerja baru kurang berpengalaman dan memerlukan banyak bimbingan. Malah kesilapan sering dilakukan dan ada ketikanya kesilapan tersebut sangat kritikal dan melibatkan kos yang tinggi. Pekerja lama pula, setelah bertahun-tahun melakukan kerja yang serupa dan berada di organisasi yang sama akhirnya luntur motivasi kerjanya. Mereka melakukan kerja sekadar memenuhi tuntutan kerja dan sebagai rutin harian. Mereka perlukan suntikan baru untuk berada semula pada prestasi puncak (peak performance). Kursus dua hari yang dianjurkan oleh MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd. ini mampu membantu anda berada di atas landasan yang betul untuk cemerlang dalam kerjaya.
Objektif Kursus
Objektif utama kursus ini ialah untuk melahirkan pekerja yang tahu dan mahu cemerlang berdasarkan set skil, ilmu dan teknik yang diperolehi selama dua hari. Diakhir program nanti peserta akan:
- Mempunyai kesedaran diri sendiri yang tinggi akan peranan dan tanggung jawab
serta harapan yang diamanahkan kepada mereka oleh majikan. - Tahu bagaimana untuk mendorong diri sendiri menggunakan Teknik Memperkasa Diri
yang telah dilatih sepanjang kursus ini.
- Mampu menangani bebanan kerja yang pelbagai dan stres di tempat kerja
menggunakan Teknik Reframing dan Pelaziman Minda. - Bijak menggunakan peluang bagi memajukan diri melalui Rahsia Komunikasi Memukau
agar dapat kenaikan pangkat atau berpeluang mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang. - Peserta tahu bagaimana membina keseronokan bekerja dan merasa tenang
berada di tempat kerja kerana dia bijak mengendalikan emosinya.
Apa Organisasi Dapat?
Pelaburan paling menguntungkan dalam sesebuah organisasi adalah pelaburan dalam Pembangunan Insan. Dengan pelaburan yang sedikit ini organisasi akan mendapati:
- Pekerja lebih komited terhadap kerja, bersemangat tinggi dan bersungguh-sungguh
serta seronok dengan tugas mereka.
- Produktiviti kerja meningkat dan seterusnya membawa keuntungan yang lebih besar
kepada syarikat atau organisasi.
- Pekerja sayangkan organisasi tempat dia menumpang rezeki dan merasa syukur yang mendalam
serta menjaga keberkatan rezeki yang dibawa pulang untuk keluarganya.
- Pekerja menguruskan masanya lebih berkesan dan menghasilkan hasil kerja yang lebih berkualiti.
- Pekerja boleh melakukan kerja dengan tahap pengawasan yang rendah dan mampu
berdikari, bersatu hati serta berkeyakinan tinggi.
0 comments